Bismillahirahmanirahim...
Memandangkan penulis baru pertama kali mendaki gunung jadi penulis rasa agak terbatuk2 untuk meneruskan cerita penulis pada kali ini. Tapi di sebabkan jiwa penulis kental sekental chuigam, jadi penulis cubalah menceritakan pengalaman penulis sewaktu mendaki Gunung Stong yang terletak berdekatan dengan Kuala Krai iaitu kampung ayahnda penulis sendiri. Bagaimana tiba2 penulis terjebak dan terjatuh dalam bidang ni? Ini semua angkara abang2 penulis yang suka memandang rendah tentang keupayaan penulis. Kata mereka penulis akan menangis dan menjerit2 memanggil bonda penulis apabila berada di dalam hutan lebih2 lagi pada waktu malam. Cis ! penulis rasa tercabar lantas keegoan penulis tiba2 melompat ke bulan dan penulis cuba membuktikan kepada mereka bahawa penulis juga mampu mendaki gunung seperti mereka. Tanpa buang waktu, penulis cuba mencari maklumat kenalan penulis di blog www.multiply.com yang dah mati pun pada ketika ini. Entah apa sebab tiba2 blog tu hantar notis bahawasanya blog multiply akan dimatikan sepenuhnya. Penulis amat kecewa kerana banyak kisah hidup penulis yang telah penulis sampaikan di blog itu. Terasa kerja2 menulis penulis sebelum ini amat sia2. Ok lupakan tentang blog yang dah wujud tu.
So, dalam kenalan penulis di blog multiply tu actually ramai kawan2 yang aktif dalam dunia pergunungan. Penulis buat2 muka tak malu menghantar personal message kepada mereka lantas bertanyakan pengalaman serta cara2 untuk menyertai kumpulan pendaki. Setelah sepurnama penulis mengkaji, akhirnya tiba masa penulis menyiapkan diri untuk menunjukkan keupayaan penulis kepada abang2 penulis yang kurang sopan menghina penulis. Setelah kenal dengan seorang pendaki yang agak berpengalaman juga iaitu abang Izuan Jameli dari Kedah, penulis menyatakan hasrat hati untuk menyertai kumpulan beliau mendaki Gunung Stong ini. Pada mulanya agak sukar penulis meyakinkan parents penulis yang penulis boleh menjaga diri. Akhirnya penulis berjaya menambat hati mereka dan meyakinkan mereka. Penulis pun berangkatlah dengan ditemani bonda dan ayahnda penulis ke stesen kereta api KTM Jerantut pada jam 2:00am. Perjalanan selama 6 jam ke stesen Dabong membuatkan penulis merasa bosan. Walaubagaimana pun, penulis tidak dapat melelapkan mata penulis kerana khuatir penulis akan terlepas ke stesen berikutnya. Alhamdulillah pada jam 7:00am penulis selamat tiba di stesen Dabong, Kelantan. kelihatan kelibat seorang lelaki berbadan gempal dan tinggi menuju ke arah penulis. ''Cik ni Ana ke? Saya la abang Izuan '' Lega rasanya bila dah jumpa Abang Izuan. Dia perkenalkan penulis dengan pendaki2 lain. Kami breakfirst di kedai roti canai berhampiran stesen sebelum bergerak ke kaki gunung. Pada masa yang sama juga Abang Ibrahim atau lebih disenangi dengan panggilan Abang Heng (loghat kelate gitu) ada bersama. Setelah selesai mengisi perut, kami menaiki kereta masing2 ke kaki gunung. Pada masa tu penulis dan dua orang lagi kawan tumpang Abang Izuan memandangkan mereka masing2 bawak transport sendiri dari Kulim. Setibanya di kaki gunung, Abang Heng selaku guide memberi sedikit penerangan dan perjalanan kami dimulakan dengan iringan doa.
Day 1
Dari kaki gunung Dabong, kami memulakan pendakian ke Kem Baha. Permulaan perjalanan kami agak menarik mood untuk berjalan. Mungkin 1st day still maintain je masing2. Awal2 lagi dah kena redah sungai dan berbasah basahan. Peluh belum sempat basahkan baju tapi baju sempat dibasahkan oleh sungai. Apapun perjalanan tetap diteruskan walaupun ketika itu penulis agak sedikit menyesal. Ye la woii.. penulis kena dukung bag hampir beratnya mencecah 25kg. Penulis cuba tidak melayan perasaan manja penulis dan cuba menikmati persekitaran dan alam ciptaan tuhan. Dari meredah sungai, kami melalui jalan yang berbatu2 dan memanjat batu2 besar untuk sampai ke atas. Proses memanjat batu2 ketika berjalan agak sukar kerana perlu memikul beban yang berat dan keadaan batu yang licin lebih menyukarkan lagi pergerakkan kami. Penulis di bantu oleh Abang heng dan rakan2 untuk melepasi tangga2 batu yang hampir dengan curam2 waterfall. Di sini perasaan takut sangat ketara kerana kalau tersilap langkah, kami boleh terjatuh ke dalam curam dan di bawa arus sungai waterfall yang deras.
Penulis bersama rakan penulis di waterfall sebelum memulakan pendakian. Abaikan aksi yang terlampau si sluar oren tu
Setelah beberapa jam perjalanan, kami berhenti seketika untuk berehat. Sambil berehat kami berkenalan dengan lebih rapat. Terasa agak seronok bila dapat menambah kenalan lebih2 lagi dalam suasana menggembirakan dan keadaan tenang di dalam hutan. Selepas berehat kami meneruskan perjalanan ke Kem Baha. Hari semakin gelap namun kami berajaya tiba di Kem Baha sebelum maghrib. Ketua kumpulan kami iaitu Abang lan Besar memberi perintah untuk pendaki lelaki memasang khemah. Selesai memasang khemah, kami menunaikan kewajipan masing2 menunaikan solat. Setelah itu kami bekerjasama memasak untuk dinner. Part ni penulis agak seronok kerana boleh nampak kerjasama dalam kumpulan. Ada yang basuh beras, masak nasi, potong bawang, sayur dan macam2 lagi. Selesai masak kami makan secara berjemaah dan berehat sambil melelapkan mata masing2 di dalam khemah. Walaupun ini bukan kali pertama penulis tidur di dalam hutan, tapi penulis tetap berasa janggal kerana penulis tidur beramai2 dalam satu khemah. Penulis tak lah tidur sebelah pendaki lelaki sebab pendaki lelaki tidur sebelah kanan manakala pendaki wanita tidur di sebelah kiri tapi bila tidur sebumbung tetap rasa janggal. Entah la macam mana nak cakap perasaan penulis ni pun tak tau. Ok abaikan. Dalam2 jangal tu pun penulis terlena terlopong tidur tak sedarkan diri dek kerana kepenatan berjalan seharian.
Day 2
Awal2 pagi lagi kami bangun dan menunaikan solat subuh lepastu sediakan sarapan pagi. Lepas sarapan kami tak buang masa dan terus robohkan khemah, pack apa yang patut untuk terus mendaki ke Puncak Ayam. Dalam fikiran penulis, penulis tanak amik tahu sejauh mana perjalanan pada hari tu kerana bimbang mood penulis down bila dengar perjalanan yang panjang dan mengejutkan. Penulis hanya menggunakan istilah main redah ketika itu. Cuaca agak mendung dan sepertinya perjalanan kami akan di temani rintik2 hujan. Nasib kurang baik kami perlu mendaki dalam hujan lebat. Ada juga beberapa kali penulis jatuh tersungkur kerana licin. Bukan penulis sahaja malah ada juga beberapa pendaki lain turun jatuh tersembam seperti budak baru berajaln. Kami hanya ketawa antara satu sama lain. Alhamdulillah tiada kecederaan cuma agak sedikit pening lalat bila terjatuh lalu diketawakan. Trail yang agak berselut dan kadang2 di penuhi dengan tadahan air hujan membuatkan kami sukar meneka apa yang bakal kami pijak. Sesekali kaki terbenam di telan selut dalam sedalam paras lutut. Menjadi kesukaan pulak bila tarik kaki tak lepas2 sehingga tercabut kasut penulis. Penulis semakin enjoy dengan perjalan penulis walaupun tubuh agak menggigil akibat dek kesejukkan air hujan dan suhu di atas gunung. Kami hanya berbekalkan air kosong dan biskut sepanjang perjalanan. Penulis tiba2 rasa kepenatan yang amat sangat dan berhenti seketika. Kelihatan rakan2 lain menerukan perjalanan tanpa melihat penulis di belakang. Penulis tidak mahu mematahkan semangat mereka jadi penulis diamkan diri dan penulis meneruskan perjalanan penulis dengan keadaan merangkak. Tiba2 ada satu suara dari belakang penuli '' Ana okay? larat tak? berhenti dulu kalau tak larat. Tak apa Abang Lan tunggu ''Alamak.. malunya penulis. Rupa-rupanya ada orang kat belakang. Penulis ingat penulis lah yang orang yang di belakang sekali. Kalau lah penulis adalah seekor kura2 pada waktu tu, nak je penulis nyorok kepala penulis dalam cengkerang. Dalam hati asal la penulis merangkak macam orang tak makan sebulan Hahaha lawak pun ada. Penulis ambil masa dalam 10 minit berehat ditemani Abang Lan kemudian kami menerukan perjalanan. Tidak lama kemudian penulis nampak kelibat pendaki2 lain sedang bergumbira memasang kemah di dalam hujan. Agaknya lah ini lah Puncak Ayam. Penulis terus menghempas backpack penulis dan menghembuskan nafas mengah. Mereka ketawa melihat gelagat penulis menghempas bag tanda kepenatan yang melampau. Maklumlah.. dalam kumpulan tu, penulis sorang je yang tak ada langsung pengalaman mendaki. Wajar lah kalau selalu di ketwakan dan menjadi bahan gurauan. Hujan masih belum berhenti dan kami sedaya upaya menyiapkan makan malam. Keadaan di Puncak gunung Ayam lagi sejuk dari Kem baha. Terasa angin2 rimba mencucuk2 di tubuh. Nasib baik kelengkapan baju sejuk dan glove penulis tak lupakan. Selesai makan malam kami mengadakan sesi taaruf ( perkenalan secara formal ) Dalam pada masa yang sama, Abang Lan sempat buat cekodok bawang dan mengagihkan kepada semua ahli termasuk penulis. Tiba2.... berdentummm petirrrrrrrr ( penulis menjerit kepedasan). Allahurabbi rupa-rupanya mereka kenakan penulis. dalam cekodok tu dorang taruk cili api seketoi. Itu jam jugak penulis jerit " Air...!!! Air...!! " Abang Izuan menghulur kopi (sebenarnya penulis tak minum kopi. tapi disebabkan kepedasan tahap terjelir, penulis hadam je) "Kopi pon tawar..!!! Ampa ni terok betoi kenakan Ana " Tak buang masa dorang gelak ramai2... '' Aaaaaa ini lah namanya salam perkenalan kumpulan kami " Abang lan cuba menerangkan motif mereka berbuat demikian. Melihat wajah penulis yang kemerahan di hiasi air mata, kawan2 lain menjadi serba salah seolah2 cuba memujuk penulis. Penulis hanya tersenyum lantaran penulis boleh menerima apabila di sakat sedemikian rupa. '' Ini jam Ana doakan korang dibalas dengan sebaik2 pembalasan kelak '' . Kami ketawa beramai2 sehinggalah kepenatan berbual sampai lewat malam, akhirnya kami terlena dalam hujan lebat di bawah khemah.
Day 3
Bersambung.......