Trip ni I tak plan pun. I just ikut kakak2 I menghabiskan cuti weekend. Ye lah Chandran ( Bos merangkap pengetua ) kat pusat tuisyen I keje tu memang susah nak bagi cuti. So cuti sehari tu pun digunakan sebaik mungkin.
Dari Kelana Jaya I gerak dengan Kak Dayah ke stesen LRT Kelana Jaya ke stesen Rawang. Sampai Rawang Kak Syidar jemput then ada lah lagi 2-3 orang kakak2 yang lain iaitu Kak Fit, Kak Eng dan Kak Ti . Kononnya dalam group ni I la paling muda dan kecik. Well 2010 I baru 2o tahun. So kami gerak lah ke Serendah waterfall seawal pagi yang mungkin walaupun matahari dah terpacak atas kepala.
Tiba di Serendah waterfall kami agak tersesat sedikit dari pintu masuk. Sampai ke kampung orang asli menyudahnya terbabas. Akhirnya sampai juga dan keadaan persekitaran amatlah tenang dan fresh. I dah senseng lengan baju nak celop tangan dalam air..
Macam ni lah keadaan air yang jernih di Serendah waterfall. Sejuk sampai berlaga2 gigi ^^
Dalam pada masa yang sama, kami bawa bekal dari rumah. Bila digabungkan dah macam kenduri pulak dalam hutan tu. Siapa ada kuah rojak Mak Bee dengan jambu batu dari utara Kak Syidar bawak. I dengan Kak Dayah sama2 masak lepas subuh. Kitorang bawak nuget je dengan air. Yang lain2 pun ada bawa jajan dan mee hun goreng.
Ni la bekalan yang kitorang bawak tu
Lepas makan kenyang2, kami tak buang masa dan terus rendam badan dalam2. Siap terjun lipat pun ada (maaf aksi bahaya di larang tengok ) So gambar takde then pandai2 lah korang menggunakan imaginasi tahap tertinggi korang.. Lepas mandi sampai sejuk gigil sampai ke petang, kami berkemas2 nak pergi ke telaga 7 pulak. Actually tema kitorang kain batik. Maklum lah.. kami smua ni anak dara melayu terakhir.. Apapun memang syok sangat dan agak rare. Bila orang tengok kami buat2 tak reti je. hehehe.
Lebih kurang macam ni lah gaya2 anak dara melayu terakhir bergaya dengan kain batik masing2
Lepas siap salin baju,kain semua, kami gerak pula ke telaga 7. Lebih kurang 20 minit dari Serendah waterfall. Tak lah jauh mana tapi di sebabkan bangun awal pagi then I pun penat tiruk meniruk kat waterfall tadi terus terlena di riba Kak Dayah. Hai maklumlah.. I nikan manja... Landing je atas siap2 yang I suka..
Ni pulak gambar posing kitorang kat telaga 7
Lepas sakan berposing, tak cakap panjang kami terus balik ke pangkal jalan. Aaaa ye lah ari pun dah petang. Ayam pun reti balik reban. So kami pun balik lah rumah masing2. Sekian jelah cerita program singkat I ni.
No comments:
Post a Comment