Wednesday, September 30, 2015

Korea Ada Juga Buruknya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah... Penulis bersyukur kerana terpilih untuk tinggal di bumi Korea pada awal tahun 2014. Actually penulis langsung tak terfikir yang penulis akan meneruskan kehidupan penulis ke luar negara. Penulis bukan lah the best student masa sekolah dulu. Sambung belajar pun setakat penulis mampu. Tujuan penulis sebenarnya bukanlah untuk sambung belajar. Bukan juga mengembara untuk mencari calon suami yang muka jambu sepanjang masa dan bukan juga di hantar untuk bekerja dengan kerajaan apatah lagi untuk training berperang di sempadan Korea Utara. Penulis cuba berhijrah untuk mencari lebih pengalaman hidup di bumi kimchi ini dan tinggal bersama pakcik dan makcik penulis. Penulis bukan tidak sayang akan negara Malaysia tapi penulis ada sebab tersendiri. Janganlah pembaca berfikir sampai sedalam benak fikiran. Penulis kuatir otak pembaca akan berkarat dek kerana berifikir dan tertanya2 tentang pekerjaan penulis di dsini. Penulis melakukan kerja apa adanya yang termampu penulis lakukan. 

Sebenarnya, negara kita lebih jauh cantik dan indah. Kadang2 penulis tidak faham dengan sikap orang kita yang tertalu teruja dan mengagungkan negara ini. Benar, negara ini sangat cantik, bersih dan moden. Mungkin itu pada pandangan orang yang hanya menjejakkan kaki ke negara ini selama 1-2 minggu. Tapi tidak pada penulis yang melihat negara ini hampir 2 tahun. Mungkin kedengaran cliche tapi penulis tak pernah bermimpi untuk melihat keburukan sesebuah negara lalu di pertontonkan. Boleh di katakan hanya takdir Ilahi yang membawa kaki penulis ke sini dan merasakan sendiri bagaimana melalui kehidupan dengan masyarakat Korea.


Dari apa yg penulis perhatikan, walaupun teknologi negara Korea antara yang termaju di dunia tapi minded mereka masih level China mainland. Bab ludah merata, buang sampah merata, sikap tak penyabar terutama bab merempuh orang yang keluar dari perut subway, tak sabar2 nak keluar, menjerit macam petir, mendengus untuk ekspreskan kalau dorang tak suka kat kita, berebut tempat duduk, langgar orang tak mintak maaf, potong queue, bawak kereta/bas macam orang gila baru dapat lesen, apa lagi penulis pun dah naik muak even penulis ni orang kata ada sifat sabar yang tinggi..hmm entahlah banyak lagi yg kadang buat penulis rasa musykil. Mungkin orang yang cepat sentap akan kesentapan jiwa bila dilayan seperti dianak tirikan.

Itu belum lagi perangai budak-budak muda yg terlebih Western. Kita yang tengok pun segan sampai terpaksa pandang ke tempat lain. Krik krik krik gitu. Seingat penulis, masa travel kat tempat omputih dulu takde pulak orang sana berkepit macam kembar siam, berbelit-belit macam pokok menjalar...tapi kat sini bersepah-sepah.

Orang Korea juga mementingkan rupa. Sebab tu ramai yg sanggup buat pembedahan kosmetik utk mendapat perhatian, pekerjaan dan status. Dalam bahasa lainnya orang Korea ni mostly low self esteem. Dorang sentiasa rasa insecure. Ada yg sanggup tak keluar rumah kalau tak dressing up to date. Dorang sanggup berhabisan semata-mata nak ikut peredaran fesyen.


Kebanyakan orang Korea juga racist. Jadi jangan sentap kalau rasa macam di-racist-kan. Dorang lebih mengagungkan orang Barat so ada sikap double standard di situ. Ok penulis tau masalah racism ni ada kat mana-mana termasuklah Malaysia. Fair enough.

Tapi penulis tahu macam mana pendapat penulis sekalipun tetap akan ada yg bantah. Ok memang tak semua macam tu, tapi majoriti yg penulis nampak setakat harini memang macam tu dan itulah benda yg penulis deal hari-hari. Jadi penulis rasa, ada eloknya kita agungkan tanah air kita yang di cintai. Setiap negara ada buruk baiknya dan ada baiknya kita memuji negara sendiri. Sekian celoteh penulis kali ini. Wassalam

Tips Budget

Kepada sesiapa yg mempunyai impian untuk travel seorang diri. i'ts never an easy sebab banyak cabaran yang kita kena bersedia untuk kita hadapi. Jika kita belum pernah kemana-mana seorang diri ke luar negara, I'd recommend you to have few experience travelling with your friends before you embark on your solo journey. Nobody know yourself better than you do, so do you feel confident of yourself? Kita rasa comfortable x bila makan sorang2 dan kita kena makan makanan yang tak pernah kita makan? Are you okay kalau orang pandang kita dengan pandangan yang pelik dan menakutkan? How about to handle pressure all by yourself when in trouble? And... Boleh kita usaha cari jalan sendiri without any help from others? Aha ! everythings you need to handle by your self. So before you start your trip, kena survey semua maklumat tentang tempat nak pergi tu.. Lepas dah terror, barulah buat trip menggelupur ikut suka hati nak pergi mana a.k.a trip main redah bak kata orang sehari dua ni.
So, perkara yang penulis nak kongsi tentang bajet travel kat sini ialah :
  1. Makanan. Penulis selalu save duit dekat part makanan. The best way to save money on the road is to cook all your own meals. Bawak je travel cooker dan maggi. Ohh actually penulis tak suka sangat makan mee segera lepas abis zaman study. So penulis hangkut je beras 2-3 cawan, sardin, Brahim's dan ikan bilis. Sangat sedap kalau dah lapar lepas penat travel. Kalau perjalan yg kena start awal pagi biasa penulis bwak roti dengan tuna.. Not every meal requires a stove right? Just because you are travelling, it doesn't mean you need to eat out. Kalau pergi dalam group lagi best.. sorang bawak sikit. Bila kumpul, tudiaaaaa boleh buat kenduri kat oversea ^^
  2. Penginapan. Seterusnya penulis suka untuk berkongsi tentang tempat penginapan semasa travel. Penulis rasa, tak semua orang boleh menerima tips penulis ni. Tapi penulis harap pembaca jangan lah terkejut dengan apa yang penulis telah aplikasikan semasa penulis mengembara. Misal kata flight penulis pada jam 7:30am waktu tempatan Malaysia. So penulis memang buat keputusan tidur di airport berbanding penulis menghabiskan hampir RM50-RM100 untuk mendapatkan tempat tidur yang selesa di hotel berdekatan airport. Penulis mengingatkan sekali lagi bahawa ini adalah tips budget (pembaca jangan nak kata penulis kedekut taik idong masin pulak) *pernah rasa ke taik idong penulis?hihihi. Kemudian, penginapan semasa travel pula penulis merayap sehabis mungkin mencari guesthouse atau hotel paling murah tapi selesa. Tak di nafikan bila kita penat, kita malas nak cari dan cekup je mana yang ada. Tapi penulis bukan seperti pembaca sangkakan ya. Penulis rajin untuk diri penulis menikmati pengembaraan penulis dengan sepuas hati. Dan satu lagi penulis tak suka tinggal di hostel yang bercampur aduk dengan makhluk lain. Tapi penulis teringin juga suatu hari ingin mencuba tinggal dengan orang yang tak di kenali dan berlainan latar belakang negara dan agama. Bukan jantina ya ( pembaca jangan fikir bukan2. Nanti penulis tarik telinga sampai lebar).
  3. Transport. Bagi penulis, nak bergerak guna kenderaan apa pun tak kisah tapi bukan teksi yang jenis macam lintah darat (bukan lintah air yang sedot darah orang tuuuu). Rasanya masalah teksi mahal kat mana2 negara pun sama. Penulis lebih suka menggunakan public transport lain seperti subway, angkot, bas, motor, beca dan sewa basikal. Yang penting bagi penulis ialah penulis sampai dengan selamat kat tempat yang nak di tuju. Biasanya kalau penulis travel kat negara Korea, penulis suka guna subway sebab penulis tak reti nak naik bas kat negara tu. Hahaha.
  4. Pakej. Pakej ni tergantung kepada keadaan penulis di tempat dan waktu kejadian. Misal kata penulis niat nak back pack tapi tak tahu juga nak ke tempat yang di tuju tu baru lah penulis cari agency yang menawarkan trip dalam group. Maksudnya pergi dalam berkumpulan dengan orang lain. Biasanya penulis akan cuba pergi sendiri sampai penulis jumpa tempat yang nak di tuju. 
Sampai di sini je lah secara ringkasnya tips travel budget yang penulis dapat sampaikan. InshaAllah kalau ada info dan lebih kelapangan waktu, penulis akan coretkan sehingga pembaca tak larat nak membaca. Wassalam...

Tuesday, September 29, 2015

Mukadimah



Assamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman. Ni entry pertama yang penulis tulis dengan kadar segera kerana dek permintaan sahabat2 penulis yang banyak memberi sokongan untuk penulis terus menulis tentang kisah pengalaman hidup penulis terutamanya semasa penulis travel ke seluruh alam buana. Penulis ni bukanlah terror sangat menulis, lebih-lebih lagi dalam bahasa formal. Jadi penulis rasa, ada elok kiranya penulis menulis dalam bahasa mudah yang di fahami oleh makhluk sekalian umat. 

Alhamdullilah berjaya juga penulis ada blog sendiri dengan bantuan sahabat penulis. Actually penulis keliru menggunakan banyak bahasa untuk menghasilkan blog ni sehinggakan penulis menjadi pening lalat dan ada kalanya pening langau. Al maklum lah penulis sekarang berada di bumi kimchi yang menolak sama sekali bahasa luar terutamanya bahasa inggeris. So terpaksalah penulis menggunakan translate google memandangkan penulis cuma tahu beberapa kerat sahaja bahasa korea (pembaca jangan nak jeling2 kat penulis pulak. Penulis reti tapi penulis malas je nak belajar). 
 So sape2 yang request tu..ni penulis dah tunaikan permintaan korang hokey...nanti penulis share aktiviti dan pengalaman penulis dalam dunia travel penulis. Dah penulis penat menulis sampai kebas dan tergeliat jari jemari semua, jangan pembaca malas nak baca pulak ( Nanti penulis merajuk susah pula nak pujuk).

Untuk salam perkenalan ni penulis tak ada gambar nak belanja. Nanti bila penulis dah ready nak share, penulis masukkan gambar sampai pembaca lompat bintang menengoknya nanti. Akhir kata, penulis minta maaf lah andai kata salam pekenelan penulis ni agak tergagap sedikit. Maklumlah  first time *Penulis malu lantas menekup muka penulis dengan kedua tapak tangan. Wassalam...