Assamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman. Ni entry pertama yang penulis tulis dengan kadar segera kerana dek permintaan sahabat2 penulis yang banyak memberi sokongan untuk penulis terus menulis tentang kisah pengalaman hidup penulis terutamanya semasa penulis travel ke seluruh alam buana. Penulis ni bukanlah terror sangat menulis, lebih-lebih lagi dalam bahasa formal. Jadi penulis rasa, ada elok kiranya penulis menulis dalam bahasa mudah yang di fahami oleh makhluk sekalian umat.
Alhamdullilah berjaya juga penulis ada blog sendiri dengan bantuan sahabat penulis. Actually penulis keliru menggunakan banyak bahasa untuk menghasilkan blog ni sehinggakan penulis menjadi pening lalat dan ada kalanya pening langau. Al maklum lah penulis sekarang berada di bumi kimchi yang menolak sama sekali bahasa luar terutamanya bahasa inggeris. So terpaksalah penulis menggunakan translate google memandangkan penulis cuma tahu beberapa kerat sahaja bahasa korea (pembaca jangan nak jeling2 kat penulis pulak. Penulis reti tapi penulis malas je nak belajar).
So sape2 yang request tu..ni penulis dah tunaikan permintaan korang hokey...nanti penulis share aktiviti dan pengalaman penulis dalam dunia travel penulis. Dah penulis penat menulis sampai kebas dan tergeliat jari jemari semua, jangan pembaca malas nak baca pulak ( Nanti penulis merajuk susah pula nak pujuk).
Untuk salam perkenalan ni penulis tak ada gambar nak belanja. Nanti bila penulis dah ready nak share, penulis masukkan gambar sampai pembaca lompat bintang menengoknya nanti. Akhir kata, penulis minta maaf lah andai kata salam pekenelan penulis ni agak tergagap sedikit. Maklumlah first time *Penulis malu lantas menekup muka penulis dengan kedua tapak tangan. Wassalam...
No comments:
Post a Comment