Kepada sesiapa yg mempunyai impian untuk travel seorang diri. i'ts never an easy sebab banyak cabaran yang kita kena bersedia untuk kita hadapi. Jika kita belum pernah kemana-mana seorang diri ke luar negara, I'd recommend you to have few experience travelling with your friends before you embark on your solo journey. Nobody know yourself better than you do, so do you feel confident of yourself? Kita rasa comfortable x bila makan sorang2 dan kita kena makan makanan yang tak pernah kita makan? Are you okay kalau orang pandang kita dengan pandangan yang pelik dan menakutkan? How about to handle pressure all by yourself when in trouble? And... Boleh kita usaha cari jalan sendiri without any help from others? Aha ! everythings you need to handle by your self. So before you start your trip, kena survey semua maklumat tentang tempat nak pergi tu.. Lepas dah terror, barulah buat trip menggelupur ikut suka hati nak pergi mana a.k.a trip main redah bak kata orang sehari dua ni.
So, perkara yang penulis nak kongsi tentang bajet travel kat sini ialah :
- Makanan. Penulis selalu save duit dekat part makanan. The best way to save money on the road is to cook all your own meals. Bawak je travel cooker dan maggi. Ohh actually penulis tak suka sangat makan mee segera lepas abis zaman study. So penulis hangkut je beras 2-3 cawan, sardin, Brahim's dan ikan bilis. Sangat sedap kalau dah lapar lepas penat travel. Kalau perjalan yg kena start awal pagi biasa penulis bwak roti dengan tuna.. Not every meal requires a stove right? Just because you are travelling, it doesn't mean you need to eat out. Kalau pergi dalam group lagi best.. sorang bawak sikit. Bila kumpul, tudiaaaaa boleh buat kenduri kat oversea ^^
- Penginapan. Seterusnya penulis suka untuk berkongsi tentang tempat penginapan semasa travel. Penulis rasa, tak semua orang boleh menerima tips penulis ni. Tapi penulis harap pembaca jangan lah terkejut dengan apa yang penulis telah aplikasikan semasa penulis mengembara. Misal kata flight penulis pada jam 7:30am waktu tempatan Malaysia. So penulis memang buat keputusan tidur di airport berbanding penulis menghabiskan hampir RM50-RM100 untuk mendapatkan tempat tidur yang selesa di hotel berdekatan airport. Penulis mengingatkan sekali lagi bahawa ini adalah tips budget (pembaca jangan nak kata penulis kedekut taik idong masin pulak) *pernah rasa ke taik idong penulis?hihihi. Kemudian, penginapan semasa travel pula penulis merayap sehabis mungkin mencari guesthouse atau hotel paling murah tapi selesa. Tak di nafikan bila kita penat, kita malas nak cari dan cekup je mana yang ada. Tapi penulis bukan seperti pembaca sangkakan ya. Penulis rajin untuk diri penulis menikmati pengembaraan penulis dengan sepuas hati. Dan satu lagi penulis tak suka tinggal di hostel yang bercampur aduk dengan makhluk lain. Tapi penulis teringin juga suatu hari ingin mencuba tinggal dengan orang yang tak di kenali dan berlainan latar belakang negara dan agama. Bukan jantina ya ( pembaca jangan fikir bukan2. Nanti penulis tarik telinga sampai lebar).
- Transport. Bagi penulis, nak bergerak guna kenderaan apa pun tak kisah tapi bukan teksi yang jenis macam lintah darat (bukan lintah air yang sedot darah orang tuuuu). Rasanya masalah teksi mahal kat mana2 negara pun sama. Penulis lebih suka menggunakan public transport lain seperti subway, angkot, bas, motor, beca dan sewa basikal. Yang penting bagi penulis ialah penulis sampai dengan selamat kat tempat yang nak di tuju. Biasanya kalau penulis travel kat negara Korea, penulis suka guna subway sebab penulis tak reti nak naik bas kat negara tu. Hahaha.
- Pakej. Pakej ni tergantung kepada keadaan penulis di tempat dan waktu kejadian. Misal kata penulis niat nak back pack tapi tak tahu juga nak ke tempat yang di tuju tu baru lah penulis cari agency yang menawarkan trip dalam group. Maksudnya pergi dalam berkumpulan dengan orang lain. Biasanya penulis akan cuba pergi sendiri sampai penulis jumpa tempat yang nak di tuju.
No comments:
Post a Comment