Wednesday, September 30, 2015

Korea Ada Juga Buruknya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah... Penulis bersyukur kerana terpilih untuk tinggal di bumi Korea pada awal tahun 2014. Actually penulis langsung tak terfikir yang penulis akan meneruskan kehidupan penulis ke luar negara. Penulis bukan lah the best student masa sekolah dulu. Sambung belajar pun setakat penulis mampu. Tujuan penulis sebenarnya bukanlah untuk sambung belajar. Bukan juga mengembara untuk mencari calon suami yang muka jambu sepanjang masa dan bukan juga di hantar untuk bekerja dengan kerajaan apatah lagi untuk training berperang di sempadan Korea Utara. Penulis cuba berhijrah untuk mencari lebih pengalaman hidup di bumi kimchi ini dan tinggal bersama pakcik dan makcik penulis. Penulis bukan tidak sayang akan negara Malaysia tapi penulis ada sebab tersendiri. Janganlah pembaca berfikir sampai sedalam benak fikiran. Penulis kuatir otak pembaca akan berkarat dek kerana berifikir dan tertanya2 tentang pekerjaan penulis di dsini. Penulis melakukan kerja apa adanya yang termampu penulis lakukan. 

Sebenarnya, negara kita lebih jauh cantik dan indah. Kadang2 penulis tidak faham dengan sikap orang kita yang tertalu teruja dan mengagungkan negara ini. Benar, negara ini sangat cantik, bersih dan moden. Mungkin itu pada pandangan orang yang hanya menjejakkan kaki ke negara ini selama 1-2 minggu. Tapi tidak pada penulis yang melihat negara ini hampir 2 tahun. Mungkin kedengaran cliche tapi penulis tak pernah bermimpi untuk melihat keburukan sesebuah negara lalu di pertontonkan. Boleh di katakan hanya takdir Ilahi yang membawa kaki penulis ke sini dan merasakan sendiri bagaimana melalui kehidupan dengan masyarakat Korea.


Dari apa yg penulis perhatikan, walaupun teknologi negara Korea antara yang termaju di dunia tapi minded mereka masih level China mainland. Bab ludah merata, buang sampah merata, sikap tak penyabar terutama bab merempuh orang yang keluar dari perut subway, tak sabar2 nak keluar, menjerit macam petir, mendengus untuk ekspreskan kalau dorang tak suka kat kita, berebut tempat duduk, langgar orang tak mintak maaf, potong queue, bawak kereta/bas macam orang gila baru dapat lesen, apa lagi penulis pun dah naik muak even penulis ni orang kata ada sifat sabar yang tinggi..hmm entahlah banyak lagi yg kadang buat penulis rasa musykil. Mungkin orang yang cepat sentap akan kesentapan jiwa bila dilayan seperti dianak tirikan.

Itu belum lagi perangai budak-budak muda yg terlebih Western. Kita yang tengok pun segan sampai terpaksa pandang ke tempat lain. Krik krik krik gitu. Seingat penulis, masa travel kat tempat omputih dulu takde pulak orang sana berkepit macam kembar siam, berbelit-belit macam pokok menjalar...tapi kat sini bersepah-sepah.

Orang Korea juga mementingkan rupa. Sebab tu ramai yg sanggup buat pembedahan kosmetik utk mendapat perhatian, pekerjaan dan status. Dalam bahasa lainnya orang Korea ni mostly low self esteem. Dorang sentiasa rasa insecure. Ada yg sanggup tak keluar rumah kalau tak dressing up to date. Dorang sanggup berhabisan semata-mata nak ikut peredaran fesyen.


Kebanyakan orang Korea juga racist. Jadi jangan sentap kalau rasa macam di-racist-kan. Dorang lebih mengagungkan orang Barat so ada sikap double standard di situ. Ok penulis tau masalah racism ni ada kat mana-mana termasuklah Malaysia. Fair enough.

Tapi penulis tahu macam mana pendapat penulis sekalipun tetap akan ada yg bantah. Ok memang tak semua macam tu, tapi majoriti yg penulis nampak setakat harini memang macam tu dan itulah benda yg penulis deal hari-hari. Jadi penulis rasa, ada eloknya kita agungkan tanah air kita yang di cintai. Setiap negara ada buruk baiknya dan ada baiknya kita memuji negara sendiri. Sekian celoteh penulis kali ini. Wassalam

No comments:

Post a Comment