Wednesday, October 7, 2015

Gunung Stong, Gunung Ayam dan Kem Baha

12 September 2009

  Bismillahirahmanirahim...
Memandangkan penulis baru pertama kali mendaki gunung jadi penulis rasa agak terbatuk2 untuk meneruskan cerita penulis pada kali ini. Tapi di sebabkan jiwa penulis kental sekental chuigam, jadi penulis cubalah menceritakan pengalaman penulis sewaktu mendaki Gunung Stong yang terletak berdekatan dengan Kuala Krai iaitu kampung ayahnda penulis sendiri. Bagaimana tiba2 penulis terjebak dan terjatuh dalam bidang ni? Ini semua angkara abang2 penulis yang suka memandang rendah tentang keupayaan penulis. Kata mereka penulis akan menangis dan menjerit2 memanggil bonda penulis apabila berada di dalam hutan lebih2 lagi pada waktu malam. Cis ! penulis rasa tercabar lantas keegoan penulis tiba2 melompat ke bulan dan penulis cuba membuktikan kepada mereka bahawa penulis juga mampu mendaki gunung seperti mereka. Tanpa buang waktu, penulis cuba mencari maklumat kenalan penulis di blog www.multiply.com yang dah mati pun pada ketika ini. Entah apa sebab tiba2 blog tu hantar notis bahawasanya blog multiply akan dimatikan sepenuhnya. Penulis amat kecewa kerana banyak kisah hidup penulis yang telah penulis sampaikan di blog itu. Terasa kerja2 menulis penulis sebelum ini amat sia2. Ok lupakan tentang blog yang dah wujud tu.

So, dalam kenalan penulis di blog multiply tu actually ramai kawan2 yang aktif dalam dunia pergunungan. Penulis buat2 muka tak malu menghantar personal message kepada mereka lantas bertanyakan pengalaman serta cara2 untuk menyertai kumpulan pendaki. Setelah sepurnama penulis mengkaji, akhirnya tiba masa penulis menyiapkan diri untuk menunjukkan keupayaan penulis kepada abang2 penulis yang kurang sopan menghina penulis. Setelah kenal dengan seorang pendaki yang agak berpengalaman juga iaitu abang Izuan Jameli dari Kedah, penulis menyatakan hasrat hati untuk menyertai kumpulan beliau mendaki Gunung Stong ini. Pada mulanya agak sukar penulis meyakinkan parents penulis yang penulis boleh menjaga diri. Akhirnya penulis berjaya menambat hati mereka dan meyakinkan mereka. Penulis pun berangkatlah dengan ditemani bonda dan ayahnda penulis ke stesen kereta api KTM Jerantut pada jam 2:00am. Perjalanan selama 6 jam ke stesen Dabong membuatkan penulis merasa bosan. Walaubagaimana pun, penulis tidak dapat melelapkan mata penulis kerana khuatir penulis akan terlepas ke stesen berikutnya. Alhamdulillah pada jam 7:00am penulis selamat tiba di stesen Dabong, Kelantan. kelihatan kelibat seorang lelaki berbadan gempal dan tinggi menuju ke arah penulis. ''Cik ni Ana ke? Saya la abang Izuan '' Lega rasanya bila dah jumpa Abang Izuan. Dia perkenalkan penulis dengan pendaki2 lain. Kami breakfirst di kedai roti canai berhampiran stesen sebelum bergerak ke kaki gunung. Pada masa yang sama juga Abang Ibrahim atau lebih disenangi dengan panggilan Abang Heng (loghat kelate gitu) ada bersama. Setelah selesai mengisi perut, kami menaiki kereta masing2 ke kaki gunung. Pada masa tu penulis dan dua orang lagi kawan  tumpang Abang Izuan memandangkan mereka masing2 bawak transport sendiri dari Kulim. Setibanya di kaki gunung, Abang Heng selaku guide memberi sedikit penerangan dan perjalanan kami dimulakan dengan iringan doa.

Day 1

Dari kaki gunung Dabong, kami memulakan pendakian ke Kem Baha. Permulaan perjalanan kami agak menarik mood untuk berjalan. Mungkin 1st day still maintain je masing2. Awal2 lagi dah kena redah sungai dan berbasah basahan. Peluh belum sempat basahkan baju tapi baju sempat dibasahkan oleh sungai. Apapun perjalanan tetap diteruskan walaupun ketika itu penulis agak sedikit menyesal. Ye la woii.. penulis kena dukung bag hampir beratnya mencecah 25kg. Penulis cuba tidak melayan perasaan manja penulis dan cuba menikmati persekitaran dan alam ciptaan tuhan. Dari meredah sungai, kami melalui jalan yang berbatu2 dan memanjat batu2 besar untuk sampai ke atas. Proses memanjat batu2 ketika berjalan agak sukar kerana perlu memikul beban yang berat dan keadaan batu yang licin lebih menyukarkan lagi pergerakkan kami. Penulis di bantu oleh Abang heng dan rakan2 untuk melepasi tangga2 batu yang hampir dengan curam2 waterfall. Di sini perasaan takut sangat ketara kerana kalau tersilap langkah, kami boleh terjatuh ke dalam curam dan di bawa arus sungai waterfall yang deras.

Penulis bersama rakan penulis di waterfall sebelum memulakan pendakian. Abaikan aksi yang terlampau si sluar oren tu

Setelah beberapa jam perjalanan, kami berhenti seketika untuk berehat. Sambil berehat kami berkenalan dengan lebih rapat. Terasa agak seronok bila dapat menambah kenalan lebih2 lagi dalam suasana menggembirakan dan keadaan tenang di dalam hutan. Selepas berehat kami meneruskan perjalanan ke Kem Baha. Hari semakin gelap namun kami berajaya tiba di Kem Baha sebelum maghrib. Ketua kumpulan kami iaitu Abang lan Besar memberi perintah untuk pendaki lelaki memasang khemah. Selesai memasang khemah, kami menunaikan kewajipan masing2 menunaikan solat. Setelah itu kami bekerjasama memasak untuk dinner. Part ni penulis agak seronok kerana boleh nampak kerjasama dalam kumpulan. Ada yang basuh beras, masak nasi, potong bawang, sayur dan macam2 lagi. Selesai masak kami makan secara berjemaah dan berehat sambil melelapkan mata masing2 di dalam khemah. Walaupun ini bukan kali pertama penulis tidur di dalam hutan, tapi penulis tetap berasa janggal kerana penulis tidur beramai2 dalam satu khemah. Penulis tak lah tidur sebelah pendaki lelaki sebab pendaki lelaki tidur sebelah kanan manakala pendaki wanita tidur di sebelah kiri tapi bila tidur sebumbung tetap rasa janggal. Entah la macam mana nak cakap perasaan penulis ni pun tak tau. Ok abaikan. Dalam2 jangal tu pun penulis terlena terlopong tidur tak sedarkan diri dek kerana kepenatan berjalan seharian.

Day 2

Awal2 pagi lagi kami bangun dan menunaikan solat subuh lepastu sediakan sarapan pagi. Lepas sarapan kami tak buang masa dan terus robohkan khemah, pack apa yang patut untuk terus mendaki ke Puncak Ayam. Dalam fikiran penulis, penulis tanak amik tahu sejauh mana perjalanan pada hari tu kerana bimbang mood penulis down bila dengar perjalanan yang panjang dan mengejutkan. Penulis hanya menggunakan istilah main redah ketika itu. Cuaca agak mendung dan sepertinya perjalanan kami akan di temani rintik2 hujan. Nasib kurang baik kami perlu mendaki dalam hujan lebat. Ada juga beberapa kali penulis jatuh tersungkur kerana licin. Bukan penulis sahaja malah ada juga beberapa pendaki lain turun jatuh tersembam seperti budak baru berajaln. Kami hanya ketawa antara satu sama lain. Alhamdulillah tiada kecederaan cuma agak sedikit pening lalat bila terjatuh lalu diketawakan. Trail yang agak berselut dan kadang2 di penuhi dengan tadahan air hujan membuatkan kami sukar meneka apa yang bakal kami pijak. Sesekali kaki terbenam di telan selut dalam sedalam paras lutut. Menjadi kesukaan pulak bila tarik kaki tak lepas2 sehingga tercabut kasut penulis. Penulis semakin enjoy dengan perjalan penulis walaupun tubuh agak menggigil akibat dek kesejukkan air hujan dan suhu di atas gunung. Kami hanya berbekalkan air kosong dan biskut sepanjang perjalanan. Penulis tiba2 rasa kepenatan yang amat sangat dan berhenti seketika. Kelihatan rakan2 lain menerukan perjalanan tanpa melihat penulis di belakang. Penulis tidak mahu mematahkan semangat mereka jadi penulis diamkan diri dan penulis meneruskan perjalanan penulis dengan keadaan merangkak. Tiba2 ada satu suara dari belakang penuli '' Ana okay? larat tak? berhenti dulu kalau tak larat. Tak apa Abang Lan tunggu ''Alamak.. malunya penulis. Rupa-rupanya ada orang kat belakang. Penulis ingat penulis lah yang orang yang di belakang sekali. Kalau lah penulis adalah seekor kura2 pada waktu tu, nak je penulis nyorok kepala penulis dalam cengkerang. Dalam hati asal la penulis merangkak macam orang tak makan sebulan Hahaha lawak pun ada. Penulis ambil masa dalam 10 minit berehat ditemani Abang Lan kemudian kami menerukan perjalanan. Tidak lama kemudian penulis nampak kelibat pendaki2 lain sedang bergumbira memasang kemah di dalam hujan. Agaknya lah ini lah Puncak Ayam. Penulis terus menghempas backpack penulis dan menghembuskan nafas mengah. Mereka ketawa melihat gelagat penulis menghempas bag tanda kepenatan yang melampau. Maklumlah.. dalam kumpulan tu, penulis sorang je yang tak ada langsung pengalaman mendaki. Wajar lah kalau selalu di ketwakan dan menjadi bahan gurauan. Hujan masih belum berhenti dan kami sedaya upaya menyiapkan makan malam. Keadaan di Puncak gunung Ayam lagi sejuk dari Kem baha. Terasa angin2 rimba mencucuk2 di tubuh. Nasib baik kelengkapan baju sejuk dan glove penulis tak lupakan. Selesai makan malam kami mengadakan sesi taaruf  ( perkenalan secara formal ) Dalam pada masa yang sama, Abang Lan sempat buat cekodok bawang dan mengagihkan kepada semua ahli termasuk penulis. Tiba2.... berdentummm petirrrrrrrr ( penulis menjerit kepedasan). Allahurabbi rupa-rupanya mereka kenakan penulis. dalam cekodok tu dorang taruk cili api seketoi. Itu jam jugak penulis jerit " Air...!!! Air...!! " Abang Izuan menghulur kopi (sebenarnya penulis tak minum kopi. tapi disebabkan kepedasan tahap terjelir, penulis hadam je) "Kopi pon tawar..!!! Ampa ni terok betoi kenakan Ana " Tak buang masa dorang gelak ramai2... '' Aaaaaa ini lah namanya salam perkenalan kumpulan kami " Abang lan cuba menerangkan motif mereka berbuat demikian. Melihat wajah penulis yang kemerahan di hiasi air mata, kawan2 lain menjadi serba salah seolah2 cuba memujuk penulis. Penulis hanya tersenyum lantaran penulis boleh menerima apabila di sakat sedemikian rupa. '' Ini jam Ana doakan korang dibalas dengan sebaik2 pembalasan kelak '' . Kami ketawa beramai2 sehinggalah kepenatan berbual sampai lewat malam, akhirnya kami terlena dalam hujan lebat di bawah khemah.

Day 3

Bersambung.......

Serendah Watrefall,Selangor

5 November 2010

  Trip ni I tak plan pun. I just ikut kakak2 I menghabiskan cuti weekend. Ye lah Chandran ( Bos merangkap pengetua ) kat pusat tuisyen I keje tu memang susah nak bagi cuti. So cuti sehari tu pun digunakan sebaik mungkin.

  Dari Kelana Jaya I gerak dengan Kak Dayah ke stesen LRT Kelana Jaya ke stesen Rawang. Sampai Rawang Kak Syidar jemput then ada lah lagi 2-3 orang kakak2 yang lain iaitu Kak Fit, Kak Eng dan Kak Ti . Kononnya dalam group ni I la paling muda dan kecik. Well 2010 I baru 2o tahun. So kami gerak lah ke Serendah waterfall seawal pagi yang mungkin walaupun matahari dah terpacak atas kepala.

Tiba di Serendah waterfall kami agak tersesat sedikit dari pintu masuk. Sampai ke kampung orang asli menyudahnya terbabas. Akhirnya sampai juga dan keadaan persekitaran amatlah tenang dan fresh. I dah senseng lengan baju nak celop tangan dalam air..

Macam ni lah keadaan air yang jernih di Serendah waterfall. Sejuk sampai berlaga2 gigi ^^

Dalam pada masa yang sama, kami bawa bekal dari rumah. Bila digabungkan dah macam kenduri pulak dalam hutan tu. Siapa ada kuah rojak Mak Bee dengan jambu batu dari utara Kak Syidar bawak. I dengan Kak Dayah sama2 masak lepas subuh. Kitorang bawak nuget je dengan air. Yang lain2 pun ada bawa jajan dan mee hun goreng.

Ni la bekalan yang kitorang bawak tu

Lepas makan kenyang2, kami tak buang masa dan terus rendam badan dalam2. Siap terjun lipat pun ada (maaf aksi bahaya di larang tengok ) So gambar takde then pandai2 lah korang menggunakan imaginasi tahap tertinggi korang.. Lepas mandi sampai sejuk gigil sampai ke petang, kami berkemas2 nak pergi ke telaga 7 pulak. Actually tema kitorang kain batik. Maklum lah.. kami smua ni anak dara melayu terakhir.. Apapun memang syok sangat dan agak rare. Bila orang tengok kami buat2 tak reti je. hehehe.


Lebih kurang macam ni lah gaya2 anak dara melayu terakhir bergaya dengan kain batik masing2

Lepas siap salin baju,kain semua, kami gerak pula ke telaga 7. Lebih kurang 20 minit dari Serendah waterfall. Tak lah jauh mana tapi di sebabkan bangun awal pagi then I pun penat tiruk meniruk kat waterfall tadi terus terlena di riba Kak Dayah. Hai maklumlah.. I nikan manja... Landing je atas siap2 yang I suka..

Ni pulak gambar posing kitorang kat telaga 7

Lepas sakan berposing, tak cakap panjang kami terus balik ke pangkal jalan. Aaaa ye lah ari pun dah petang. Ayam pun reti balik reban. So kami pun balik lah rumah masing2. Sekian jelah cerita program singkat I ni.

Tuesday, October 6, 2015

Believe in yourself

Ada banyak jenis kategori traveler. Ada yg suka explore sendiri sebab nak total freedom. Ada jugak yg suka travel dalam group, lebih selesa dalam kelompok sendiri tak kira sama ada sesama kengkawan atau ahli keluarga. Setiap orang berbeza caranya.
Tapi bagi yg belum pernah travel secara solo, perasaan takut memang ada. Terutamanya bila pegi ke tempat asing, tempat yg takde sape pun kenal kita. Bukan senang nak jadi senang, dan pastinya ada masa kena tipu, sesat, tertekan nak buat keputusan, menangis, rasa nak give-up dan macam-macam lagi. Setiap orang akan buat silap, dan dari situlah kita belajar.

Sebenarnya solo travel taklah menakutkan dan sadis seperti yang dibayangkan. Takde sape yg akan lonely atau forever alone kalau pandai bergaul dan bersikap terbuka. Maka takde lagi istilah solo di sini. Secara fakta memang sendiri, tapi sendiri dalam konteks bersendirian disekelilingi orang yg tak dikenali.
We all travel for different reasons, and taking off on a solo trip seems to be a very powerful experience that will change not only how you view travel, but also impact who you are as a person.
Ni gambar I dekat Mui Ne beach Vietnam then terjumpa 2 orang minah omputih ni. So I ajak makan dan explore Mui Ne sama2.

Ho Chin Minh

 Bermula dengan jari yang gatal klik image Vietnam kat google. Satu demi satu I perati gambar yang menarik perhatian then terus klik pulak pada view page. Setelah membuat perhitungan dengan kewarasan akal fikiran sendiri, I terkesima tengok satu image di padang pasir. Ingatkan di tanah Arab. Bila view history rupa-rupanya kat Vietnam. Buka pulak new tab then visit Air Asia booking. Ternyata tiket tak mahal mana. Itu jam, itu hari, itu masa booking ticket return. Kadang2 rasa tiba2 tengah gila pun ada. Abaikan perasaan lepas tu sambung google lagi tempat menarik kat vietnam. Masa 4 hari macam tak cukup sebab dari satu tempat ke satu tempat nak pergi jauh. Kalau fokus pada area Ho Chin Minh city je rasanya boleh tuju banyak tempat. Memandangkan I tak berapa suka pada city tour so gagah jugak cari yang luar bandar yang lebih advanture sikit. So, dah decided nak pergi Mui Ne dengan area Mekong. Tapi macam tak pack lagi itinerary untuk 4 hari. I fikir dari buang masa, better I merayap around Ho Chin Minh city.


I pasti semua orang yg ke Vietnam pernah berhadapan dengan situasi begini. Pengalaman pertama kali melintas jalan di Ho Chi Minh contohnya. Hah yang paling takleh lupa kat area Ben Thant Market.
First time I termenung tepi jalan sebab takut kena langgo tapi lepas tu I perati camne local melintas. Tak confident lagi so I follow dulu utk dapatkan feeling. Bila dah 1-2 kali follow then barulah I berani melintas sendiri like a boss.
Key point dia jangan gelabah beruk. Jangan nak eh eh eh eh. Jangan kejap nak ke depan, kejap ke belakang. Jalan terus tapi step by step.
Nak confident lagi baca doa sikit kot terlanggo sempat mengucap. Tapi setahu I kat Vietnam walaupun trafik dia gila tapi kadar kemalangan tak setinggi mcm KL nun.
1st day- Dari airport KL ke HCM Airport terus ambil bas ke Pan Thiet. Hari pertama lagi dugaan besar I kena hadap. Rakyat jelatanya macam rakyat korea jugak yang tak boleh paham english. So sesi nak bertanya2 tu dah macam kambing dengan itik. Mau tak mau terpaksa guna bahasa tubuh jugak nak menandakan ikut kiri ke kana ke. Lepas azab dah jumpa station bus, kena hadap pulak azab dalam bas dia yang besar sikit dari van. Di sebabkan I nak kejar masa ke Pan Thiet, I ambil je bas paling murah dan yang dah nak gerak pada jam tu. Allahurabbi...bayangkan apa benda je yang tak dimasuknya dalam bas tu. Dengan penumpang, barang2 yang orang kirim dari HCM city, barang2 penumpang lagi terutamanya backpack I yang ada beratnya mencecah 20kg. Ada ke patut driver tu suruh I riba je bag tu. Ha apa lagi, masa tu I da tarik muka seribu. Dah bayar duit tiket lepas tu dia nak mintak tips lagi dalam bas. I buat muka tak tahu je sampai dia pun dah fedup nak mintak dekat I (korang rasa patut ke?). Yang tak boleh tahan perjalanan dah hampir 7 jam, dengan panas dia tutup aircon semata2 dia nak merokok, barang2 dan penumpang yang berhimpit2, di bawa masuknya pulak katil dalam bas tu (agaknya orang kirim) korang rasa? . Aduhhh I punya menjerit dalam hati rasa nak turun dari bas tu. Barang2 dah sampai duduk atas kepala I. Masa tu ingat Allah je dan terus bersabar. Nasib lah tak tahu hala tuju nak ke Pan Thiet tu. Kalau tak I sanggup turun cari transport lain. Dah la public transport pon susah nak dapat. Nak komunikasi pun macam dah bisu. Redha dan pasrah aje lah apa yang di lakukan pada hari tu. Sampai satu tahap I bermonolog “Aku sumpah takkan naik lagi bas macam ni ’’. Alhamdulillah sampai juga ke bandar Pan Thiet tu then selamat checkin hotel yang boleh tahan mahalnya( sebab I tak share dengan orang). Tapi memang selesa dan sangat berbaloi nak berehat setelah apa yang I lalui seharian tu.
2nd day- Alhamdulillah bila bangun pagi dapat refresh balik otak dan tenaga. Tak fikir panjang I terus sewa motor nak ke padang pasir Mui Ne then check out siap2. Dah malas nak buang masa dengan public transport yang tah pape. Aman je naik motor selama 3 jam dan ada jugak tanya orang tepi jalan bila lost sign board ke Mui Ne. Alhamdulillah penduduk okay cuma I je rasa tak selesa bila dorang pandang I pelik. Ofcourse sebab I bertudung lepas tu bawak bag besar gedabak yang boleh orang masuk. Tapi kengkonon I be pro buat relax, buat donno. Sampai kat padang pasir, I tukar baju, pacak camera untuk photoshoot ala2 kat negeri Arab selama 2 jam. Berbaloi duduk bawah matahari kat padang pasir tu sebab seumur hidup tak pernah jejak kaki kat padang pasir macam tu. Tengok jam masih awal, I teruskan perjalanan ke hujung negeri tu then terjumpa Red Canyon. On the way tu jumpa minah omputeh naik scooter dua orang yang I sendiri tak tahu kemana hala tuju mereka. I cuba dekat dan bertanya. Rupanya dorang pun free and easy macam I jugak so dorang tanya kalau2 boleh follow I. I cakap boleh je explore sama2. Sampai Red Canyon tu sambung balik photoshoot ala2 kat German pulak. Rasanya masa tu tak sampai sejam pun lepas tu kitorang sambung perjalanan sampailah terjumpa beach kat sebuah kampung. Agak mendamaikan kemudian I kluarkan lah barang makanan dalam poket Doraemon I. Minah2 omputih tu tekejut I siap keluarkan nasi dengan lauk sardin. Kebetulan masa tu baru 2 minggu menyambut Eidulfitri so segala kuih2 raya yang tak habis tu I hangkut. Punya gembira dorang I jamu makanan2 macam tu. Sambil2 makan tu sempat juga la dorang tanya pasal tudung yang I pakai then i siap buat live tutorial kot cara pakai tudung. Kemudian dorang sempat jugak la cerita pengalaman dorang kena pau dengan polis Vietnam sebab bawak motor tak ada lesen (I pon bukan ada lesen cuma bernasib baik sebab mungkin gaya I pon macam orang Vietnam ). Syadap ! korang jangan nak gelak pulak. So lepas makan, kami berpisah kat situ kemudian I balik ke Pan Thiet nak return motor yang I pinjam. Settle apa yang patut di bandar tu, I terus ambil bus yang paling exclusive kat bandar tu (sebab tanak jadi macam hari kelmarin) then balik ke HCM city. Bas berhenti di Dong Niem ( asudah kat mana pulak ) Akibat kepenatan, I dah tak larat nak direct ke HCM city tu then cari hotel berdekatan dengan station bas lantas tidur tanpa sedarkan diri.
3rd day- Pagi tu bangun macam kurang tenaga. Maybe sakan sangat berphotoshoot tengah panas. Hidung pun mula srooot sreett. Tapi I tak hirau dan terus bersiap cari pangkal jalan. Al kisah nak balik semula ke HCM city tu punya la susah. Pergi counter information kat bus stop pun dia tak cakap english. I cuba google HCM city,Saigon lepas tu tunjuk kat orang kaunter tu. Dia explain bagai nak rak tapi I setill tak boleh angguk sebab memang tak paham. Dia keluar dari kaunter tu lepas tu tarik tangan I bawak pergi ke sebuah bas. Dia pum pam pum pam dengan driver bas tu lepastu I naik dan pasrah je. Alhamdulillah driver tu hantar ke tourist information kat HCM city. So I tanya macam mana nak pergi Mekong river. Nasib baik lah orang counter tu speaking excellent sampai I pon tak berapa nak faham sebab still loghat dia. Kemudian dia bagi map dan contact number agency yang buat tour ke Mekong River. So yang ni I boleh accept then tak buang masa berdiri kat situ I terus cari dengan naik teksi sebab dah tak larat nak dukung bag. Tak sampai 15 minit jumpa la travel agent tu. Nasib tak baik booking full pulak pada hari tu. So I booking trip ke Mekong pada keesokkan harinya. I pun dah tak ada idea then rasanya jalan terbaik checkin hotel untuk bermalam di HCM. Lepas checkin I sambung city tour sendiri dengan berjalan kaki 1 hari dan hanya menggunakan map yang sempat I tarik kat meja tourist information tadi. Yang ni memang best sebab baru tau bandar dia tak besar mana. Antara tempat yang I sempat pergi ialah Pagoda church, Notre Dame Cathedral, city hall, Ben thanh Market, War Muzeum, Independence Palace dan sekitar hotel I inap dekat Saigon. Kat sini nak share 1 cerita je. I ni sangat lah friendly actually. Even map dah ada, masih sengaja nak tanya dan borak2 dengan penduduk sekitar. sehingga lah berjumpa seorang pakcik dalam lingkungan 40an yang tengah sibuk menyediakan rojak di gerainya. I cuba tanya macam mana nak ke Pagoda Church memandangkan spot ni paling jauh yang I nak kena jalan kaki. Dia pun sama kepochi tengok map, mungkin nak menolong. Sangkaan I tepat bila dia cuba memberi direction.....tapi dalam Bahasa Vietnam! Dia pun mula mengatur bicaranya yang agak gagap. Dengan expression muka dan tangan yang mengibas ke kiri ke kanan pakcik tu berapi-api bercerita cara ke Pagoda tu. Walaupun clueless atau lebih tepat, lost in translation, I tetap mengangguk-angguk sedangkan tak faham sepatah haram pun. Setelah menunjukkan arah I ucapkan terima kasih then berlalu pergi. Baru melangkah 5 tapak tiba-tiba beliau bertempik, "Oiiiii!!!" Gempa bumi. Terkesima sekejap. Pakcik tu melambai2 sambil berjalan ke arah I. I menggaru-garu kepala yang tak gatal ( tu lah ! gatal sangat nak tanya !) . Pakcik tu berenti di suatu sudut sambil menunjuk-nunjuk sesuatu di tepi jalan. Laaaaa sign board rupanya ! ingatkan apa! =__=" *garu kepala* Mungkin pakcik tu boleh agak yang I clueless so dia pun beria-ia tunjukkan sign board. I rasa sangat terharu tapi dalam pada masa yang sama geli hati bila mengingatkan situasi ayam itik tadi. Tapi I salute sebab beliau bersungguh-sungguh memberi bantuan walaupun ketara communication breakdown.
Day 4 - Seperti yang di rancangkan. Hari ke 4 aktiviti fully dengan trip ke Mekong River. I gerak dalam 1 bas dengan pelancong2 lain yang berlatar belakangkan dari macam2 negara. Segala perancangan hari terakhir amat baik sekali sebab semua cukup lengkap dengan driver, transport,makan dan guide. Cuma yang jadi I terperanjat sampai nak melantun ke bulan, bila tengok menu lunch di restaurant yang di sediakan agent. Menu yang tak di jangak serta tak pernah terdetik di hati walau sekelumit untuk I cuba telan. Kalau makan pun I tak sure boleh hadam ke tidak. Silap hari bulan muntah hijau dek kegelian. Antara menunnya ialah crocodiles, turtles, snakes, ostriches, etc. Ekzotik giler kau ! So satu yang I nak puji, agent ni dalam diam dia kaji religion guests dia. So dalam group kitorang tu dia dah siap hidang. Masa tu I di hidangkan nasi, telur rebus, sayur-sayuran dengan kicap. Alhamdulillah memang puas hati dan tabik spring dengan agent ni. Setelah selesai tour kat Mekong River I bergegas pulak dalam hujan lebat nak ke airport. Alhamdulillah tak ada halangan dan selamat tiba di tanah air.

Wednesday, September 30, 2015

Korea Ada Juga Buruknya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah... Penulis bersyukur kerana terpilih untuk tinggal di bumi Korea pada awal tahun 2014. Actually penulis langsung tak terfikir yang penulis akan meneruskan kehidupan penulis ke luar negara. Penulis bukan lah the best student masa sekolah dulu. Sambung belajar pun setakat penulis mampu. Tujuan penulis sebenarnya bukanlah untuk sambung belajar. Bukan juga mengembara untuk mencari calon suami yang muka jambu sepanjang masa dan bukan juga di hantar untuk bekerja dengan kerajaan apatah lagi untuk training berperang di sempadan Korea Utara. Penulis cuba berhijrah untuk mencari lebih pengalaman hidup di bumi kimchi ini dan tinggal bersama pakcik dan makcik penulis. Penulis bukan tidak sayang akan negara Malaysia tapi penulis ada sebab tersendiri. Janganlah pembaca berfikir sampai sedalam benak fikiran. Penulis kuatir otak pembaca akan berkarat dek kerana berifikir dan tertanya2 tentang pekerjaan penulis di dsini. Penulis melakukan kerja apa adanya yang termampu penulis lakukan. 

Sebenarnya, negara kita lebih jauh cantik dan indah. Kadang2 penulis tidak faham dengan sikap orang kita yang tertalu teruja dan mengagungkan negara ini. Benar, negara ini sangat cantik, bersih dan moden. Mungkin itu pada pandangan orang yang hanya menjejakkan kaki ke negara ini selama 1-2 minggu. Tapi tidak pada penulis yang melihat negara ini hampir 2 tahun. Mungkin kedengaran cliche tapi penulis tak pernah bermimpi untuk melihat keburukan sesebuah negara lalu di pertontonkan. Boleh di katakan hanya takdir Ilahi yang membawa kaki penulis ke sini dan merasakan sendiri bagaimana melalui kehidupan dengan masyarakat Korea.


Dari apa yg penulis perhatikan, walaupun teknologi negara Korea antara yang termaju di dunia tapi minded mereka masih level China mainland. Bab ludah merata, buang sampah merata, sikap tak penyabar terutama bab merempuh orang yang keluar dari perut subway, tak sabar2 nak keluar, menjerit macam petir, mendengus untuk ekspreskan kalau dorang tak suka kat kita, berebut tempat duduk, langgar orang tak mintak maaf, potong queue, bawak kereta/bas macam orang gila baru dapat lesen, apa lagi penulis pun dah naik muak even penulis ni orang kata ada sifat sabar yang tinggi..hmm entahlah banyak lagi yg kadang buat penulis rasa musykil. Mungkin orang yang cepat sentap akan kesentapan jiwa bila dilayan seperti dianak tirikan.

Itu belum lagi perangai budak-budak muda yg terlebih Western. Kita yang tengok pun segan sampai terpaksa pandang ke tempat lain. Krik krik krik gitu. Seingat penulis, masa travel kat tempat omputih dulu takde pulak orang sana berkepit macam kembar siam, berbelit-belit macam pokok menjalar...tapi kat sini bersepah-sepah.

Orang Korea juga mementingkan rupa. Sebab tu ramai yg sanggup buat pembedahan kosmetik utk mendapat perhatian, pekerjaan dan status. Dalam bahasa lainnya orang Korea ni mostly low self esteem. Dorang sentiasa rasa insecure. Ada yg sanggup tak keluar rumah kalau tak dressing up to date. Dorang sanggup berhabisan semata-mata nak ikut peredaran fesyen.


Kebanyakan orang Korea juga racist. Jadi jangan sentap kalau rasa macam di-racist-kan. Dorang lebih mengagungkan orang Barat so ada sikap double standard di situ. Ok penulis tau masalah racism ni ada kat mana-mana termasuklah Malaysia. Fair enough.

Tapi penulis tahu macam mana pendapat penulis sekalipun tetap akan ada yg bantah. Ok memang tak semua macam tu, tapi majoriti yg penulis nampak setakat harini memang macam tu dan itulah benda yg penulis deal hari-hari. Jadi penulis rasa, ada eloknya kita agungkan tanah air kita yang di cintai. Setiap negara ada buruk baiknya dan ada baiknya kita memuji negara sendiri. Sekian celoteh penulis kali ini. Wassalam

Tips Budget

Kepada sesiapa yg mempunyai impian untuk travel seorang diri. i'ts never an easy sebab banyak cabaran yang kita kena bersedia untuk kita hadapi. Jika kita belum pernah kemana-mana seorang diri ke luar negara, I'd recommend you to have few experience travelling with your friends before you embark on your solo journey. Nobody know yourself better than you do, so do you feel confident of yourself? Kita rasa comfortable x bila makan sorang2 dan kita kena makan makanan yang tak pernah kita makan? Are you okay kalau orang pandang kita dengan pandangan yang pelik dan menakutkan? How about to handle pressure all by yourself when in trouble? And... Boleh kita usaha cari jalan sendiri without any help from others? Aha ! everythings you need to handle by your self. So before you start your trip, kena survey semua maklumat tentang tempat nak pergi tu.. Lepas dah terror, barulah buat trip menggelupur ikut suka hati nak pergi mana a.k.a trip main redah bak kata orang sehari dua ni.
So, perkara yang penulis nak kongsi tentang bajet travel kat sini ialah :
  1. Makanan. Penulis selalu save duit dekat part makanan. The best way to save money on the road is to cook all your own meals. Bawak je travel cooker dan maggi. Ohh actually penulis tak suka sangat makan mee segera lepas abis zaman study. So penulis hangkut je beras 2-3 cawan, sardin, Brahim's dan ikan bilis. Sangat sedap kalau dah lapar lepas penat travel. Kalau perjalan yg kena start awal pagi biasa penulis bwak roti dengan tuna.. Not every meal requires a stove right? Just because you are travelling, it doesn't mean you need to eat out. Kalau pergi dalam group lagi best.. sorang bawak sikit. Bila kumpul, tudiaaaaa boleh buat kenduri kat oversea ^^
  2. Penginapan. Seterusnya penulis suka untuk berkongsi tentang tempat penginapan semasa travel. Penulis rasa, tak semua orang boleh menerima tips penulis ni. Tapi penulis harap pembaca jangan lah terkejut dengan apa yang penulis telah aplikasikan semasa penulis mengembara. Misal kata flight penulis pada jam 7:30am waktu tempatan Malaysia. So penulis memang buat keputusan tidur di airport berbanding penulis menghabiskan hampir RM50-RM100 untuk mendapatkan tempat tidur yang selesa di hotel berdekatan airport. Penulis mengingatkan sekali lagi bahawa ini adalah tips budget (pembaca jangan nak kata penulis kedekut taik idong masin pulak) *pernah rasa ke taik idong penulis?hihihi. Kemudian, penginapan semasa travel pula penulis merayap sehabis mungkin mencari guesthouse atau hotel paling murah tapi selesa. Tak di nafikan bila kita penat, kita malas nak cari dan cekup je mana yang ada. Tapi penulis bukan seperti pembaca sangkakan ya. Penulis rajin untuk diri penulis menikmati pengembaraan penulis dengan sepuas hati. Dan satu lagi penulis tak suka tinggal di hostel yang bercampur aduk dengan makhluk lain. Tapi penulis teringin juga suatu hari ingin mencuba tinggal dengan orang yang tak di kenali dan berlainan latar belakang negara dan agama. Bukan jantina ya ( pembaca jangan fikir bukan2. Nanti penulis tarik telinga sampai lebar).
  3. Transport. Bagi penulis, nak bergerak guna kenderaan apa pun tak kisah tapi bukan teksi yang jenis macam lintah darat (bukan lintah air yang sedot darah orang tuuuu). Rasanya masalah teksi mahal kat mana2 negara pun sama. Penulis lebih suka menggunakan public transport lain seperti subway, angkot, bas, motor, beca dan sewa basikal. Yang penting bagi penulis ialah penulis sampai dengan selamat kat tempat yang nak di tuju. Biasanya kalau penulis travel kat negara Korea, penulis suka guna subway sebab penulis tak reti nak naik bas kat negara tu. Hahaha.
  4. Pakej. Pakej ni tergantung kepada keadaan penulis di tempat dan waktu kejadian. Misal kata penulis niat nak back pack tapi tak tahu juga nak ke tempat yang di tuju tu baru lah penulis cari agency yang menawarkan trip dalam group. Maksudnya pergi dalam berkumpulan dengan orang lain. Biasanya penulis akan cuba pergi sendiri sampai penulis jumpa tempat yang nak di tuju. 
Sampai di sini je lah secara ringkasnya tips travel budget yang penulis dapat sampaikan. InshaAllah kalau ada info dan lebih kelapangan waktu, penulis akan coretkan sehingga pembaca tak larat nak membaca. Wassalam...

Tuesday, September 29, 2015

Mukadimah



Assamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang budiman. Ni entry pertama yang penulis tulis dengan kadar segera kerana dek permintaan sahabat2 penulis yang banyak memberi sokongan untuk penulis terus menulis tentang kisah pengalaman hidup penulis terutamanya semasa penulis travel ke seluruh alam buana. Penulis ni bukanlah terror sangat menulis, lebih-lebih lagi dalam bahasa formal. Jadi penulis rasa, ada elok kiranya penulis menulis dalam bahasa mudah yang di fahami oleh makhluk sekalian umat. 

Alhamdullilah berjaya juga penulis ada blog sendiri dengan bantuan sahabat penulis. Actually penulis keliru menggunakan banyak bahasa untuk menghasilkan blog ni sehinggakan penulis menjadi pening lalat dan ada kalanya pening langau. Al maklum lah penulis sekarang berada di bumi kimchi yang menolak sama sekali bahasa luar terutamanya bahasa inggeris. So terpaksalah penulis menggunakan translate google memandangkan penulis cuma tahu beberapa kerat sahaja bahasa korea (pembaca jangan nak jeling2 kat penulis pulak. Penulis reti tapi penulis malas je nak belajar). 
 So sape2 yang request tu..ni penulis dah tunaikan permintaan korang hokey...nanti penulis share aktiviti dan pengalaman penulis dalam dunia travel penulis. Dah penulis penat menulis sampai kebas dan tergeliat jari jemari semua, jangan pembaca malas nak baca pulak ( Nanti penulis merajuk susah pula nak pujuk).

Untuk salam perkenalan ni penulis tak ada gambar nak belanja. Nanti bila penulis dah ready nak share, penulis masukkan gambar sampai pembaca lompat bintang menengoknya nanti. Akhir kata, penulis minta maaf lah andai kata salam pekenelan penulis ni agak tergagap sedikit. Maklumlah  first time *Penulis malu lantas menekup muka penulis dengan kedua tapak tangan. Wassalam...